Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi?

Soalan yang selalu je aku tanye..sebab apa.. banyak perkara di hujung2 tahun ini yang menyebabkan kita terfikir

Pertama:

MH370.. kat mana la wahai dikau? Adakah pencarian masih dilakukan? Apakah nasib isteri-isteri mereka yang telah ditinggalkan? Apa sudah jadi?

MH17... apakah nasib sekarang? Adakah si penembak sudah dibawa ke muka pengadilan? Adakah nasib keluarga mereka terbela? Apa sudah jadi?

Cameron Highland tanah runtuh... Apa sudah jadi? Kenapa? Mengapa berdiam sahaja?

Banjir besar yang berlaku bermula 25 december di beberapa buah negara di Malaysia.. Terlalu teruk. Kasihan sahabat-sahabat kita di Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bahru.. dan tidak dilupakan kuala Kangsar. 5 tahun aku kat sana. Apa sudah jadi? Dan apa yang akan terjadi?

Dari segi ekonomi, apa sudah jadi?


Ringgit telah jatuh pada tahan RM3.5=USD1. Tahap yang agak rendah bagi tempoh selepas 1998.
Apa sudah jadi? Adakah pelabur-pelabur asing akan lari? Adakah ringgit kita akan naik kembali?

Harga minyak? Erm..susah untuk dicakapkan sebab Malaysia bergantung pendapatan besar nya melalui nya minyak. Waktu buat bajet 2015 tempoh hari, semua allocation datang dan bajet berdasarkan harga minyak USD110. Tapi sekarang harga sudah susut lebih 40%.
Apa sudah jadi?  Bagaimana nak tampung?

Apa sudah jadi dan apa akan jadi?

Adakah ekonomi akan berubah? Mampukan defisit kita dikurangkan? Mampukan GDP kita ditinggikan? Adakah dapat banyak export yang akan dibuat?

Apa sudah jadi, mampukah kita menarik balik keyakinan pelabur asing?

Apa sudah jadi dan apa akan jadi?

Mari kita fikirkan. Ayuh!